En. Balakrishan seorang usahawan
yang mengusahakan perniagaan cuci kereta di pusat perniagaan PKNS di Shah Alam.
Beliau berumur 60 tahun dan mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak
perempuan. Beliau juga telah dikurniakan seorang cucu perempuan yang berusia
satu tahun lebih. Anak- anak En. Bala kedua-duanya berjaya menamatkan pelajaran
mereka dalam jurusan teknologi maklumat dan akauntasi.
En. Bala banyak menghabiskan
masanya di tempat perniagaan cuci keretanya tetapi jika beliau mempunyai masa
lapang beliau lebih gemar menghabiskan waktu bersama keluarga di rumah atau
menziarahi sanak saudara. En.Bala dapat dilihat adalah seorang yang rapat
dengan ahli keluarganya serta sangat menjaga hubungan yang baik antara adik
beradiknya walaupun tinggal berjauhan.
Menariknya tentang
keluarga En. Bala mempunyai 11 orang adik -beradik beliau mempunyai adik
beradik berlainan agama iaitu kristian dan Islam. Beliau berkongsi
pengalamannya mengenai abangnya menganut agama Islam telah berkahwin dengan
gadis Islam dari Terengganu dan beliau juga dapat melalui pengalaman adat
tradisi orang melayu dan juga proses pengurusan kematian orang Islam atas
kematian abangnya yang telah menghadap Ilahi tidak lama dahulu.
Pada
musim perayaan menurut En. Bala kaum india kebiasaannya pada hari pertama hari
perayaan mereka lebih baik jika hanya duduk di rumah selepas melakukan aktiviti
penyembahan di kuil kerana mengikut kepercayaan mereka ini akan menambahkan
kerahmatan dari tuhan mereka. Beliau akan menziarahi sanak-saudara pada
keesokkan harinya iaitu hari raya kedua atau pun sanak-saudara mereka datang
beramai-ramai menziarahi mereka di rumah. Jika kaum India Luar Bandar lebih
senang untuk membuat kuih2 tradisional mereka hasil air tangan mereka tetapi
tidak pada En. Bala, beliau menyatakan bahawa keluarga beliau dan sanak saudara
hanya membeli dari kawan-kawan atau dari kedai sahaja kerana kesibukan masa dan
beliau lebih suka untuk mebeli kuih-muih daripada orang melayu disebabkan rasanya yang sedap dan
juga untuk memberi sokongan perniagaan kawan-kawan yang menjual kuih-muih
memandangkan En. Bala mempunyai kebanyakannya kawan-kawan dari berbangsa
Melayu.
Kesimpulannya,
En. Bala adalah seorang yang sangat menjaga hubungan baiknya terutamanya antara
keluarganya walaupun tinggal berjauhan lebih-lebih lagi belainan agama dan
budaya tetapi beliau amat berfikiran terbuka. Sepanjang perbualan kami bersama
En. Bala, beliau mempunyai ingatan yang sangat kuat di mana beliau masih ingat
tarikh-tarikh penting berkaitan keluarga beliau. Contohnya tarikh perkahwinan
beliau dan isterinya tidak lupa juga tarikh pernikahan anak-anakya, tarikh
lahir cucunya, tarikh perniagaannya dioperasi dan sebagainya yang amat
mengejutkan kami kerana dalam umurnya yang sudah meningkat tua masih mempunyai
ingatan yang sangat baik.
No comments:
Post a Comment