Pakaian orang India

Kaum India memang terkenal dengan pakaian tradisi mereka yang tidak pernah tenggelam dek arus peredaran zaman seperti sari, punjabi yang sesuai digayakan oleh kaum wanita dan kurta dan dhoti pula adalah pakaian bagi kaum lelaki. Tetapi bagi sesetengah pihak, mereka berpendapat bahawa pakaian tradisional ini lebih sesuai digayakan dalam majlis-majlis tertentu dan ada juga sesetengah pihak yang berpendapat bahawa pakaian tradisional ini lebih cenderung kepada kaum India yang hidup di luar bandar. Menurut pendapat dan pengalaman En. Bala, ianya terpulang bagi sesetengah individu di bandar untuk berpakaian mengikut keselesaan masing-masing. Tidak semua individu di bandar berpakaian mengikut arus permodenan. Sebagai contoh, isteri En. Bala yang berusia sekitar 60-an, beliau memberitahu bahawa isterinya lebih selesa mengenakan pakaian tradisional seperti sari. Boleh dikatakan setiap hari isterinya akan memakai pakaian tradisional mereka sehingga menjadi perbualan jiran tetangga yang menganggap pakaian sari tersebut sesuai dipakai di hari-hari perayaan atau sebagainya. Mungkin pakaian tersebut telah menjadi pakaian harian bagi orang yang lebih berusia kerana bagi golongan ini, mereka tidak termakan dengan arus peredaran zaman kerana mereka lebih mengutamakan adat-adat dan tradisi kaum India. Berbeza pula dengan anak-anak muda berbangsa india yang menetap di bandar, mereka lebih mengutamakan arus pembangunan dan peredaran zaman. Ini kerana mereka terikat dengan kerjaya dan cara hidup di bandar yang sekaligus mengubah cara pemakaian individu itu sendiri. Menurut pengalaman En. Bala, beliau mempunyai dua orang anak perempuan yang masih remaja, meskipun kedua ibubapa mereka masih mengamalkan cara hidup tradisional, mereka tidak mengikut cara pemakaian yang dipakai oleh ibubapa mereka, mereka lebih selesa menggayakan pakaian moden pada masa kini. Tetapi mereka sama sekali tidak melupakan adat dan cara pemakaian tradisional kaum India, mereka tetap mengenakan sari pada waktu-waktu tertentu seperti perayaan deepavali, majlis perkahwinan dan sebagainya. Itu sebagai tanda penghormatan terhadap adat dan tradisi kaum yang berbangsa India. 

Pakaian Harian.


.

No comments:

Post a Comment